Pengenalan Seni Khat
Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud Garisan. Oleh itu, seni Khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Tulisan-tulisan pula Arab mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, " Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ".
Disiplin Untuk Menguasai Penulisan Seni Khat Secara Umum :
- Menulis bermula kaedah yang senang hingga sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat.
- Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan. Lazimnya sebanyak 10 kali ulangan penulisan dibuat.
- Murid mesti menanamkan minat bahawa khat bukanlah sekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan di bawah Kurikulum Pelajaran.
- Membuat latihan seperti menulis contoh-contoh perkataan, kalimah dan ayat yang mudah dan mempunyai kaitan dengan pembelajaran.
- Sentiasa memahirkan diri dalam pergerakkan tangan dan kedudukan badan semasa menulis.
- Sentiasa membuat perbandingan tulisan yang salah dengan tulisan yang betul.
- Mencuba menghasilkan penulisan seperti kata-kata hikmah, doa-doa harian, pantun atau lain-lain yang difikirkan perlu.
- Sentiasa bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang hasil penulisan yang telah dihasilkan.
- Berfikiran positif serta sedia menerima teguran jika terdapat kesilapan pada hasil tulisan yang telah dihasilkan.
- Peka pada hasil tulisan orang lain dan bersedia memikirkan hasil tersebut samada baik atau sebaliknya serta memberikan penilaian tulisan orang lain untuk dijadikan contoh.
- Menulis setiap hari selama 2 jam pada masa yang sesuai.
- Mengumpul hasil penulisan untuk dilihat pada masa akan datang untuk dijadikan contoh atau sebagai koleksi peribadi.
- Sentiasa membuat perbandingan hasil tulisan sendiri dengan hasil tulisan orang lain untuk kebaikan.
- Bersedia menimba ilmu penulisan seni khat dan bersedia mencuba sebarang pertandingan agar bertambah keyakinan dalam diri.
- Sentiasa yakin dengan memiliki ilmu penulisan seni khat ini akan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan.
No comments:
Post a Comment