Friday, July 15, 2011

SEJARAH RINGKAS TENTANG SENI KHAT


"Seni adalah jiwa dan jiwa adalah seni. Jiwa yang tidak berseni dan seni yang tidak berjiwa adalah seni yang mati dan jiwa yang mati" – Amiera_ns. Ungkapan yang lebih ironis tentang memahami kesenian Islam ini menggambarkan betapa halusnya nilai seni yang terpancar pada setiap huruf seni khat.

Lakaran-lakaran seni dan tulisan diadun bahasa fikir sehingga menjadi untaian tali jiwa dalam memahami erti kehidupan sarwajagat, membangkitkan nafsu kecintaan sesama manusia juga kepada Maha Pencipta – konsep seni dalam silaturrahim Islam.

Kesenian unggul dalam Islam terpancar pada Ummul Kitab (al-Quran) yang diturunkan sebagai panduan dan pedoman untuk semua umat manusia. Naskhah lengkap panduan hidup umat Islam merupakan seni yang tidak dapat ditangkis oleh mana-mana kesenian kerana ketinggian nilai budi, saranan akhlak juga peraturan hidup manusia.

Dr Venetia Porter, Kurator Muzium British yang juga seorang pengkaji kesenian Islam menyatakan, tulisan merupakan antara elemen terpenting untuk menyampaikan sesuatu maksud sebagai gambaran pelbagai kejadian yang berlaku.

Sistem tulisan Arab – wadah yang mengungkap maknawi bahasa Al-Quran menjadi pengikat ukhwah dan penglahiran perasaan mengagungkan Maha Pencipta. Keistimewaan sistem tulisan Arab (jawi) ini penentu ciri kesenian Islam yang melampaui batasan dan sempadan.

Tulisan-tulisan Arab ini dizahirkan kepada bentuk yang seni oleh seniman Islam. Objek penglahirannya berlegar disekitar kosmos alam yang bersangkutan dengan keagungan Tuhan. Bertitik tolak dari inilah muncul kesenian seni kaligrafi Islam yang telah dimulai dari sejak Islam lahir ke muka bumi ini.

Seni kaligrafi Islam atau lebih sinonim dengan nama ´seni khat´ merupakan khazanah tertua di dunia yang masih dimiliki oleh umat Islam. Perkembangan Islam yang tersebar ke seluruh pelosok dunia, menyaksikan kaligrafi Islam teradaptasi dengan perubahan yang berlaku tanpa menghilangkan ciri dan nilai keIslamannya.

Penulisan Khat yang pertama di dunia dipercayai dihasilkan di Kufah, Iraq dalam kurun ke tujuh. Fakta yang tercatat daripada sumber bertulis – seorang sufi mendapat ilham menghasilkannya melalui mimpi. Tulisan-tulisan yang dihasilkan dinamakan Kufic (Kufi) iaitu tulisan yang tidak bercantum. Ia digunakan sehingga kurun ke-12.

Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain.

Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.



Pada kurun ke 10 – seni kaligrafi Islam tersebar ke Parsi dengan gabungan-gabungan huruf yang lebih berseni. Tulisan kaligrafi Islam ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu khat Kufi, Khat Nasakh, Khat Diwani, Khat Thuluth, Khat Riqa.

Tulisan kaligrafi dari jenis Nasakh dijadikan asas dalam mempelajari sistem tulisan Arab di negara berkenaan. Alam Melayu tidak terkecuali menyerap unsur Nasakh ini sebagai asas pembelajaran tulisan jawi, yang kemudiannya dipertingkatkan dengan sistem tulisan khat yang lain.

Khat Kufi dikatakan sebagai khat yang paling popular didunia. Ia digunakan sebagai tulisan dalam Al-Quran selama tiga kurun lamanya. Sistem khat Kufi yang tidak mengalami banyak perubahan semasa menjadi asas ia dikekalkan sebagai tulisan di dalam naskah al-Quran.

Pada kurun ke-16 dan 17 – seni khat pernah menjadi medium komunikasi terpenting dalam menyampaikan mesej diplomatik. Ia diperkenalkan oleh Housam Roumi semasa era Suleyman 1 di wilayah Turki. Kesenian tulisan khat jenis ini terserlah melalui tanda diakritik dengan tulisan yang menarik. Seni khat yang dikenali dengan nama Diwani ini berkembang seiring dengan variasinya iaitu Diwani al-Jali yang berbingkai.Antara seni khat yang masih lagi menjadi tumpuan para peminat seni warisan Islam hingga kini termasuklah khat Tuluth dan khat Riqa.

Pada awal perkembangan seni khat, sejenis pokok yang direncongkan hujungnya dan dicelup dengan cecair dakwat, ditulis pada kepingan kulit-kulit tamar, kulit kambing yang dikeringkan dan daun-daun papyrus yang dijadikan kertas. Namun begitu, alam Melayu menyaksikan penggunaan batang-batang pokok resam sebagai alatan utama untuk menulis khat. Batang resam yang ditiruskan pada bahagian hujungnya akan dicelupkan dengan dakwat sebelum tulisan khat dilakarkan pada kertas.

Seni Khat yang teradaptasi dengan dunia moden terus berkembang tetapi masih lagi bertapak pada seni yang asal iaitu dalam konteks keIslaman (mentauhidkan Allah dan lebih berupa nasihat). Kini, seni khat bukan sahaja terlakar pada kepingan kertas malahan menjadi hiasan bercorak islamik apabila ia ditulis pada kepingan cermin, diukir pada mimbar-mimbar masjid dan turrut dijadikan cenderamata untuk kenangan. Nafas baru dalam penghasilan seni khat ini secara tidak langsung meningkatkan martabat seni khat sebagai unsur seni yang cukup tinggi.

Nama-nama besar di alam Melayu dalam bidang seni khat seperti Profesor Mohd Bukhari Lubis dan Imad, sudah cukup membuktikan kesenian unggul Islam ini berkesinambungan selamanya. Usaha Pak Matlob yang giat meneruskan kesinambungan sistem tulisan jawi (asas dalam seni khat) sesuatu yang amat membanggakan. Seni khat tidak akan berkubur ditelan arus zaman dengan adanya insan-insan yang mewarisi bakat mempertahankan kesenian unggul Islam seperti mereka. Sesungguhnya seni kaligrafi Islam adalah lambang kesenian unggul tamadun Islam yang tiada tandingannya.


Sumber : Portal Ejawi

TEMPAHAN NAMA DALAM JAWI (KHAT)

Friday, July 8, 2011

MAIMUN CALLIGRAPHY: MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M

MAIMUN CALLIGRAPHY: MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M

My Aktivity in Calligraphy Slideshow

My Aktivity in Calligraphy Slideshow: "TripAdvisor™ TripWow ★ My Aktivity in Calligraphy Slideshow ★ to Shah Alam and Malaysia. Stunning free travel slideshows on TripAdvisor"

kenangan seminar khat bersama syekh adnan min syiria..anjuran taman tamadun islam, terangganu.

khat riq'ah..

al-halim ar-rahman ar-rahim..dalam seni khat riq'ah..khat ni adlah khat yang paling aku sukai..dan sgt mudah untuk kita pelajari..i love riq'ah.

Bengkel Penjenamaan Produk Dalam Tulisan Jawi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..Bersempena dengan Festival Al-Quran & Kesenian Islam di Yayasan Restu, satu bengkel "Penjenamaan Produk Dalam Tulisan Jawi" yang dianjurkan oleh Akademi Jawi Yayasan Restu dengan kerjasama PENJAWIS akan diadakan pada:

Tarikh: 12-13 Julai 2011.
Hari: Selasa & Rabu.
Masa: 8.30pg - 5.00ptg.

Sesiapa yang berminat boleh hubungi:
tel - 03-55119001/2/3.
blog - yrpublications@blogspot.com

Tempat terhad, rebut peluang ini untuk menambah ilmu disamping mengubah/baikpulih strategi penjenaman produk anda dipasaran.

MUSABAQAH KHATTUL QUR'AN 1423H / 2011M

Sempena Festival Al-Qur'an & Kesenian Islam
HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN

SPONTAN ( SEKOLAH RENDAH ) NASAKH
Tempat Pertama : RM 500.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 300.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 200.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 50.00 + Sijil

SPONTAN ( SEKOLAH MENENGAH ) NASAKH
Tempat Pertama : RM 700.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 500.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 300.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 100.00 + Sijil

SPONTAN ( TERBUKA ) THULUTH

Tempat Pertama : RM 2000.00 + Sijil

Tempat Kedua : RM 1500.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 700.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 300.00 + Sijil

SPONTAN UMMUL QURAN ( THULUTH DAN NASAKH )
Tempat Pertama : RM 3000.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 2000.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 1000.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 500.00 + Sijil

LUKISAN KALIGRAFI ADAPTASI BEBAS
Tempat Pertama : RM 3000.00 + Sijil
Tempat Kedua : RM 2000.00 + Sijil
Tempat Ketiga : RM 1000.00 + Sijil
Saguhati ( 3 ) : RM 500.00 + Sijil


KATEGORI PERTANDINGAN

1.A SPONTAN (SEKOLAH RENDAH)
  • Umur : 7 hingga 12 tahun
  • Bahan : Kertas (Art Paper)
  • Jenis Tulisan : Nasakh
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen: 2 mm atau 3 mm
  • Ayat : Surah Al-Baqarah Ayat 255
  • Saiz Kertas : A3 (42 cm x 30 cm)
  • Tempoh Masa : 3 Jam

1.B SPONTAN (SEKOLAH MENENGAH)
  • Umur : 13 hingga 18 tahun
  • Bahan : Kertas (Art Paper)
  • Jenis Tulisan : Nasakh
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen: 2 mm
  • Ayat : Surah Yaasin ayat 79-83
  • Saiz Kertas : A3 (42 cm x 30 cm)
  • Tempoh Masa : 3 Jam

1.C SPONTAN (TERBUKA)
  • Umur : 19 tahun keatas
  • Bahan : Kertas (Art Paper)
  • Jenis Tulisan : Thuluth Jali
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen : Tidak kurang 5 mm
  • Ayat : Surah Al-Fath ayat 1-3
  • Saiz Kertas : A1 (84 cm x 60 cm)
  • Tempoh Masa : 4 Jam


.D SPONTAN UMMUL QURAN
  • Umur : 19 tahun keatas
  • Bahan : Kertas
  • Jenis Tulisan : Nasakh (Ayat) dan Thuluth (Tajuk)
  • Media Tulisan : Dakwat warna hitam
  • Ukuran Mata Pen : Yang sesuai
  • Ayat : Surah Al-Fatihah ayat 1-7
  • Design : Mengikut kreativiti (motif melayu diutamakan)
  • Warna : Yang sesuai
  • Saiz Kertas : A1 (84 cm x 60 cm) Tempoh Masa (untuk khat) : 4 jam
  • ( Sila rujuk syarat khas )

2. KARYA SIAP : LUKISAN KALIGRAFI ADAPTASI BEBAS
  • Umur : 17 tahun keatas
  • Bahan : Bebas / campuran
  • Jenis Khat : Thuluth / Diwani / Kufi / Nasakh
  • Media Tulisan : Bebas / campuran
  • Design : Mengikut kreativiti (motif melayu diutamakan)
  • Warna : Yang sesuai
  • Saiz Karya : Tidak kurang 2’ x 3’ (60 cm x 90 cm)
  • Ayat : Sila pilih salah satu:

atau

Saturday, February 5, 2011

ink holbein  for sale


ink holbien untuk kaligrafi,kelebihan ink in adalah waterproof,dan juga dapat ditulis di atas batu,cermin dan sebagainya,ink ni import daripada jepan.sapa yang berminat,pls contaz me.syukran

pengenalan seni khat

Pengenalan Seni Khat

Khat ialah perkataan Arab yang bermaksud Garisan. Oleh itu, seni Khat bermaksud garisan indah yang membentuk tulisan. Tulisan-tulisan pula Arab mempunyai nilai dan kaedah tertentu yang mempunyai estetika yang tinggi. Picasso, seorang ahli seni terkenal di dunia dari Perancis pernah mengatakan, " Selepas aku melihat seni yang terdapat pada Khat Arab, aku mengakui bahwa dunia seni lukis masih terkebelakang dengan kesenian itu ".

Seni Khat bukan sekadar wacana penyampai maklumat tetapi mengandungi nilai abstrak yang disimpulkan dengan kehalusan, kelembutan, kesinambungan, perhubungan, pergerakan, keharmonian dan sebagainya.



Disiplin Untuk Menguasai Penulisan Seni Khat Secara Umum :

  1. Menulis bermula kaedah yang senang hingga sukar. Contohnya penulisan dengan huruf tunggal diikuti kalimah dan seterusnya ayat.
  2. Membuat penulisan yang berulang selepas menulis satu latihan. Lazimnya sebanyak 10 kali ulangan penulisan dibuat.
  3. Murid mesti menanamkan minat bahawa khat bukanlah sekadar satu seni atau hobi tetapi satu subjek yang diletakkan di bawah Kurikulum Pelajaran.
  4. Membuat latihan seperti menulis contoh-contoh perkataan, kalimah dan ayat yang mudah dan mempunyai kaitan dengan pembelajaran.
  5. Sentiasa memahirkan diri dalam pergerakkan tangan dan kedudukan badan semasa menulis.
  6. Sentiasa  membuat perbandingan tulisan yang salah dengan tulisan yang betul.
  7. Mencuba menghasilkan penulisan seperti kata-kata hikmah, doa-doa harian, pantun atau lain-lain yang difikirkan perlu.
  8. Sentiasa bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang hasil penulisan yang telah dihasilkan.
  9. Berfikiran positif serta sedia menerima teguran jika terdapat kesilapan pada hasil tulisan yang telah dihasilkan.
  10. Peka pada hasil tulisan orang lain dan bersedia memikirkan hasil tersebut samada baik atau sebaliknya serta memberikan penilaian tulisan orang lain untuk dijadikan contoh.
  11. Menulis setiap hari selama 2 jam pada masa yang sesuai.
  12. Mengumpul hasil penulisan untuk dilihat pada masa akan datang untuk dijadikan contoh atau sebagai koleksi peribadi.
  13. Sentiasa membuat perbandingan hasil tulisan sendiri dengan hasil tulisan orang lain untuk kebaikan.
  14. Bersedia menimba ilmu penulisan seni khat dan bersedia mencuba sebarang pertandingan agar bertambah keyakinan dalam diri.
  15. Sentiasa yakin dengan memiliki ilmu penulisan seni khat ini akan dapat menghasilkan pulangan yang lumayan.


Ads: 468x60